Disclaimer

Penafian : Saya merupakan agen yang mewakili ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad dalam penjualan produk takaful syarikat tersebut. Pernyataan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja dan tidak menggambarkan pandangan syarikat ING PUBLIC Takaful Ehsan. Anda adalah dinasihatkan untuk terus menghubungi saya jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan.

Selamat Datang

ING Public Takaful Ehsan kini dikenali sebagai AIA Public Takaful. Disebabkan itu tiada lagi produk ING Public Takaful Ehsan yang akan ditawarkan.

Jika anda berminat dengan produk-produk AIA Public Takaful boleh layari blog baru yang dikendalikan oleh saya juga







Monday, 30 April 2012

Hospital Income






Hospital Income merupakan Manfaat tambahan ( Rider ) perlindungan pendapatan hospital yang membayar elaun dari RM50 hingga RM400 tertakluk kepada plan yang dipilih ketika tinggal di hospital. 

Antara kelayakan bagi Manfaat tambahan Hospital Income ini ialah ;

  • Layak bagi peserta berusia 30 hari sehingga 60 tahun. 
  • Pelan ini melindungi sehingga usia 80 tahun.
  • Perlindungan sehingga 365 hari untuk setiap kecederaan atau penyakit.
  • Had seumur hidup selama 1000 hari.
  • Dimasukkan ke wad melebihi 6 jam. 
  • Dimasukkan ke wad kurang daripada 6 jam tetapi telah dicaj Bilik dan Penginapan di dalam bil rawatan. 
Peserta Takaful Ehsan boleh memilih daripada pelan-pelan berikut ;

Pelan 1 - RM 50
Pelan 2 - RM 100
Pelan 3 - RM 150
Pelan 4 - RM 200
Pelan 5 - RM 250
Pelan 6 - RM 300
Pelan 7 - RM 350
Pelan 8 - RM 400


Hospital Income merupakan Manfaat Tambahan ( Rider ) jadi ianya perlu diambil bersama dengan Pelan Takaful Salam.

Takaful Ameen






Takaful Ameen merupakan Manfaat Pendapatan Keluarga yang membayar jumlah dilindungi pada setiap tahun selama 3 tahun berturut-turut apabila berlaku kematian atau hilang upaya akibat semua penyebab.
Pembayaran ini dibuat dalam perkadaran 
  • 60% ( Tahun 1 ) 
  • 20% ( Tahun 2 ) 
  • 20% ( Tahun 3 ). 

Di samping itu Takaful Ameen juga akan memberikan pembayaran sekaligus jumlah dilindungi jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian  atau hilang upaya ketika menunaikan Umrah, Haji dan juga Ziarah. 
Negara-negara yang termasuk dalam kategori Ziarah ialah Syria, Mesir, Yemen, Jordan dan Turki.

Kelayakan bagi peserta Takaful Ameen adalah seperti berikut ;

  • Layak untuk peserta yang berusia 18 hingga 60 tahun. 
  • Perlindungan sehingga usia 85 tahun bagi perlindungan Kematian
  • Perlindungan sehingga 65 tahun bagi perlindungan Hilang Upaya.


Jumlah perlindungan Takaful Ameen mestilah tidak melebihi dari jumlah perlindungan Takaful Salam

Contoh pengiraan pembayaran : 

Pelan Takaful Salam : RM 20000
Pelan Takaful Ameen : RM 10000

Jika berlaku kematian kepada peserta Takaful Ehsan ;

  • Keluarga peserta akan mendapat sekaligus selepas kematian sebanyak RM 20000.
  • Untuk tahun pertama keluarga peserta akan mendapat 60% dari jumlah perlindungan Takaful Ameen iaitu sebanyak RM 6000.
  • Untuk tahun kedua dan ketiga keluarga peserta akan mendapat 20% dari jumlah perlindungan Takaful Ameen iaitu sebanyak RM 2000 pada setiap tahun. 


Jika kematian atau hilang upaya berlaku disebabkan kemalangan ketika menunaikan Haji, Umrah ataupun Ziarah, 

  • Jumlah perlindungan Takaful Ameen RM 10000 akan dibayar sekaligus beserta pecahan 60%,20%,20%  pada tahun 1,2 dan 3 seperti di atas. 
  • Di samping itu keluarga peserta juga akan turut mendapat jumlah perlindungan pelan Takaful Salam sebanyak RM 20000.

Takaful Ameen merupakan Manfaat Tambahan ( Rider ) jadi ianya perlu diambil bersama dengan Pelan Takaful Salam.


Takaful Salam





Takaful Salam merupakan Pelan Asas Takaful berkaitan pelaburan bersumbangan berkala yang melindungi terhadap kematian atau hilang upaya atas semua penyebab. 

Kelayakan bagi peserta Takaful Salam adalah seperti berikut ;

  • Layak untuk peserta yang berusia 30 hari sehingga 65 tahun. 
  • Perlindungan sehingga usia 85 tahun bagi perlindungan Kematian
  • Perlindungan sehingga 65 tahun bagi perlindungan Hilang Upaya.

Sumbangan minimum bagi Takaful Salam ialah sebanyak RM 1200 / setahun. Dalam erti kata lain sumbangan minimum bagi Takaful Salam ialah sebanyak RM 100 / sebulan. 

Seperti yang telah dimaklumkan Takaful Salam inin merupakan Pelan Asas ataupun Manfaat Asas. Pelan Takaful Salam merupakan pelan wajib yang mesti diambil oleh peserta Takaful Ehsan. 

Terdapat beberapa Pelan atau Manfaat Tambahan lain yang boleh ditambah kepada Pelan Asas Takaful Salam. Antara Manfaat Tambahan atau Rider yang boleh ditambah ialah ; 

  • Perlindungan pendapatan keluarga ( Takaful Ameen )
  • Perlindungan pendapatan hospital ( Hospital Income )
  • Perlindungan penyakit kritikal ( Critical Illness )
  • Pelaburan ( Saver )
  • Kad Perubatan ( Medical Card

Sila klik Takaful Education jika anda ingin maklumat lanjut berkenaan pelan tersebut. 

Latar Belakang Takaful Ehsan

Hari ini saya ingin memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang latar belakang syarikat ING PUBLIC Takaful Ehsan ( Takaful Ehsan ) ini. 

ING PUBLIC Takaful Ehsan ini merupakan syarikat yang wujud akibat joint venture atau pakatan strategik antara ING Management Holdings (Malaysia) Sdn Bhd (ING), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (anak syarikat milik penuh PBB). 

ING Management Holdings ( Malaysia ) Sdn Bhd ( ING ) mempunyai 60% syer dalam Takaful Ehsan. Public Bank Berhad dan juga Public Islamic Bank Berhad masing-masing mempunyai 40% syer dalam Takaful Ehsan. Disebabkan pakatan inilah terbentuknya nama syarikat ING PUBLIC Takaful Ehsan. 

Joint Venture Diagram

Tuesday, 17 April 2012

Bakal Pelanggan

Bakal Pelanggan

Berikut merupakan pelan-pelan takaful berkaitan pelaburan yang ditawarkan oleh ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad ( Takaful Ehsan )


  • Pelan Asas Investment Link Takaful Salam ( Takaful Salam )
  • Pelan Manfaat Tambahan Investment Link Takaful Ameen ( Takaful Ameen )
  • Pelan Manfaat Tambahan Investment Link Takaful Hospital Income ( Hospital Income )
  • Pelan Manfaat Tambahan Investment Link Takaful Accelerated Critical Illness    ( Critical Illness )
  • Pelan Manfaat Tambahan Investment Link Takaful Salam Saver ( Saver )
  • Pelan Manfaat Tambahan Investment Link Takaful Medical ( Medical Card )


* Manfaat Tambahan mempunyai maksud yang sama dengan Rider



Anda boleh klik setiap link untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat terperinci untuk setiap pelan asas dan tambahan tersebut. Di samping itu boleh juga klik link di bawah untuk brochure rasmi dari website ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad.




Hubungi Naeem ( 0173747739 ) (naeemnawi@gmail.com) untuk mendapatkan maklumat lanjut

Monday, 16 April 2012

Quotation Percuma

Kepada bakal-bakal pelanggan Takaful Ehsan

Untuk bakal-bakal pelanggan yang inginkan quotation spesifik anda boleh mengisi borang yang terdapat di sebelah kanan website ini. Segala maklumat adalah diperlukan dan adalah sangat penting untuk anda memberikan maklumat yang benar.

Segala maklumat yang tidak benar boleh membuatkan sijil perlindungan takaful anda ditarik balik di masa hadapan. Maklumat pekerjaan adalah sangat penting kerana ini menentukan risiko kelas pekerjaan anda. Jika boleh sertakan sekali berapa budget untuk memudahkan pengiraan quotation yang tepat.

Anda juga boleh click link di bawah untuk mendapatkan sedikit panduan bagaimana untuk memilih pelan atau manfaat tambahan yang sesuai berdasarkan keperluan anda.





Hubungi Naeem ( 0173747739 ) (naeemnawi@gmail.com) untuk mendapatkan maklumat lanjut

Bakal Agen

Untuk Bakal-bakal agen

Kami merupakan satu unit baru di bawah ZR Planner Agency yang bernaung di bawah Takaful Ehsan. Pada masa ini kami beroperasi di kawasan Subang Jaya. Unit kami ini diketuai oleh Encik Mohd Nawi bin Othman   ( Unit Manager ). Untuk bakal-bakal agen atau penasihat takaful yang berminat untuk menyertai kami anda memerlukan perkara seperti berikut ;


  • Gambar 4 Keping
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Sijil akademik tertinggi ( Minimum SPM )
  • Sijil Peperiksaan Asas Takaful ( TBE ) 
  • Surat Perletakan Jawatan ( Agen Takaful syarikat lain ) 

Untuk bakal agen yang berminat tapi masih belum mempunyai sijil Peperiksaan Asas Takaful sila klik link di bawah


Hubungi Naeem ( 0173747739 ) (naeemnawi@gmail.com) untuk mendapatkan maklumat lanjut atau borang penyertaan

Sunday, 15 April 2012

FAQ



FAQ
  1. Adakah saya dibenarkan untuk menukar pusat peperiksaan dan jenis peperiksaan?
    Ya, tetapi hanya dalam waktu yang dibenarkan iaitu sebelum tarikh tutup pendaftaran peperiksaan.
     
  2. Bolehkah saya menarik diri dari menduduki peperiksaan yang telah saya daftar?
    Tidak, tetapi mengubah tarikh peperiksaan adalah dibenarkan sebelum tarikh tutup.
     
  3. Berapakah pusat peperiksaan yang disediakan dan kekerapan peperiksaan TBE?
    Setakat ini, terdapat 20 pusat peperiksaan yang terletak di seluruh Malaysia dan peperiksaan dijalankan selama empat (4) hari seminggu, dua (2) sesi sehari iaitu pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.
     
  4. Bagaimanakah untuk membuat pembayaran (individual)?
    Semasa membuat pendaftaran di laman sesawang TBE, calon akan diarahkan untuk membuat bayaran secara atas talian iaitu melalui FPX (direct debit) atau menggunakan kad kredit. Oleh itu, calon dikehendaki untuk mendaftar untuk khidmat perbankan internet dari pihak bank.
     
  5. Bagaimanakah untuk membuat pembayaran (individual)?
    Semasa membuat pendaftaran di laman sesawang TBE, calon akan diarahkan untuk membuat bayaran secara atas talian iaitu melalui FPX (direct debit) atau menggunakan kad kredit. Oleh itu, calon dikehendaki untuk mendaftar untuk khidmat perbankan internet dari pihak bank.
     
  6. Adakah peperiksaan secara manual (pen dan kertas) masih ditawarkan?
    Tidak.
     
  7. Berapa markahkah untuk melayakkan saya lulus TBE dan adakah rayuan akan diterima sekiranya saya gagal?
    Markah minimum untuk lulus TBE adalah 55% dan akan diberikan serta merta selepas tamat peperiksaan. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
     
  8. Adakah pihak IBFIM menganjurkan tutorial bagi persediaan menduduki peperiksaan TBE?
    Tutorial boleh diadakan dengan permohononan bertulis ke IBFIM dan ianya bergantung kepada permintaan dan bilangan peserta. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Helmi di talian 03-20311010 ext.548.
     
  9. Bolehkah peperiksaan di luar jadual dijalankan?
    Boleh dengan permohonan secara bertulis ke IBFIM sekurang-kurangnya satu (1) bulan dari tarikh yang diminta, tetapi tertakluk kepada keputusan sekretariat.
Sumber Asal Hak Milik IBFIM


Hubungi Naeem ( 0173747739 ) (naeemnawi@gmail.com) untuk mendapatkan maklumat lanjut

Proses Aliran TBE



Undang-undang dan Peraturan



Undang-undang dan Peraturan
  1. Penarikan Diri
    Segala permohonan penarikan diri dan penundaan peperiksaan selepas tarikh tutup adalah TIDAK dibenarkan sama sekali. Walaubagaimanapun, bagi kes-kes berikut pertimbangan akan diberikan:
    1. Masalah Kesihatan (diri sendiri)
    2. Kesihatan / Kematian keluarga terdekat (Pasangan, anak atau ibubapa)
    3. Kemalangan parah
    4. Perintah Mahkamah (diri sendiri)
    5. Tugas-tugas rasmi pihak berkuasa (Tentera, Polis, Jururawat dll)
       
    Calon hendaklah memaklumkan ketidakhadiran dalam masa 24 jam selepas masa peperiksaan kepada IBFIM bagi penetapan tarikh yang baru. Yuran tidak akan dipulangkan dan calon dikehendaki untuk mendaftar semula jika gagal bertindak seperti demikian.
     
  2. Pelanggaran Peraturan Peperiksaan
    IBFIM berhak untuk menarik balik, menggantung dan membatalkan keputusan calon yang didapati melanggar peraturan peperiksaan. IBFIM dan/atau Jawatankuasa Peperiksaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas calon yang didapati bersalah melanggar peraturan peperiksaan. Keputusan yang dibuat oleh IBFIM dan/atau Jawatankuasa Peperiksaan adalah muktamad.
     
  3. Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Pengesahan Pendaftaran
    Pengesahan Pendaftaran yang mengandungi maklumat tentang peperiksaan akan dihantar melalui emel ke alamat emel calon sebelum tarikh peperiksaan. Calon dikehendaki untuk mencetak dan membawa Pengesahan Pendaftaran ke pusat peperiksaan sebagai bukti pendaftaran.

    Calon mesti membawa Pengesahan Pendaftaran bersama-sama kad pengenalan, sijil asal/salinan disahkan benar SPM atau kelayakan yang berkenaan dan kalkulator ke pusat peperiksaan. Calon tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan jika mereka gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen di atas. Calon yang masih tidak mendapat Pengesahan Pendaftaran dalam tempoh tiga (3) hari selepas tarikh pendaftaran adalah dinasihatkan untuk menghubungi IBFIM serta merta.

    Calon bertanggungjawab untuk memastikan tarikh, masa dan lokasi peperiksaan yang tertera di Slip Kedatangan Peperiksaan sebelum hadir ke peperiksaan.
     
  4. Maklumat Am dan Arahan
    1. Pengesahan Diri
      Calon dikehendaki untuk membawa Kad Pengenalan ke Pusat Peperiksaan. Calon tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan jika gagal berbuat demikian. Selain itu, sijil asal SPM/MCE/TBE atau setaraf atau salinan yang telah disahkan benar juga perlu dikemukakan untuk proses pengesahan.
       
    2. Kehadiran ke Pusat Peperiksaan pada hari peperiksaan
      Calon dinasihatkan agar untuk hadir ke pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula. IBFIM berhak untuk menyekat calon yang lewat lebih 30 minit selepas peperiksaan bermula tanpa sebab yang munasabah dari menduduki peperiksaan. Calon juga tidak dibenarkan untuk meninggalkan dewan peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan tamat.
       
    3. Keputusan Peperiksaan
      Keputusan akan dikeluarkan sebaik sahaja calon selesai menjawab peperiksaan dengan menekan butang hantar, kecuali jika ada pelanggaran peraturan peperiksaan. Keputusan peperiksaan adalah muktamad.
       
  5. Arahan kepada calon:
    1. Sila patuh semua arahan pengawas pepeperiksaan.
    2. Calon yang gagal mengemukakan Kad Pengenalan tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.
    3. Calon dikehendaki untuk membawa sijil SPM/MCE/TBE atau yang setaraf atau salinan yang telah disahkan benar untuk proses pengesahan.
    4. IBFIM berhak untuk meminta pengenalan diri calon pada bila-bila masa semasa atau selepas peperiksaan. Ini termasuk mengambil cap jari dan foto calon.
    5. Dilarang membawa masuk ke dalam dewan peperiksaan sebarang buku, dokumen bertulis atau bertaip atau bercetak kecuali kad pengenalan, sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pengawas peperiksaan yang bertugas.
    6. Dilarang menyalin atau cuba untuk menyalin soalan peperiksaan di atas apa-apa barangan milik calon.
    7. Dilarang berkomunikasi dengan sesiapa kecuali dengan pengawas peperiksaan.
    8. Sila angkat tangan untuk berinteraksi dengan pengawas peperiksaan.
    9. Dilarang meninggalkan dewan peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas peperiksaan dan ditemani oleh pengawas peperiksaan.
    10. Sila pastikan semua peralatan elektronik atau komunikasi mudah alih sudah dimatikan. (telefon bimbit, telefon pintar, komputer riba, komputer, tablet dll).
    11. Jangan cuba untuk membaca jawapan calon lain.
    12. Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam dewan peperiksaan.
    13. Calon dikehendaki untuk berkelakuan profesional dan beretika semasa di pusat peperiksaan dan semasa menduduki peperiksaan.
    14. Sila berhenti menjawab serta merta selepas pengawas peperiksaan telah mengumumkan masa menjawab telah tamat. Sebarang pelanggaran peraturan dan undang-undang peperiksaan akan menyebabkan yang berikut:
      1. Calon dinafikan dari menduduki peperiksaan untuk suatu tempoh atau selamanya.
      2. Keputusan calon akan ditarik balik, digantung atau dibatalkan pada bila-bila masa.
      3. Lain-lain tindakan atau hukuman yang IBFIM fikirkan sesuai dan setimpal.
         
  6. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian bantuan TBE (TBE Helpdesk) di talian 03-2031 1010 smbg.548/553/582/583 atau emel ke tbe@ibfim.com
     
  7. Bidangkuasa di bawah Memorandum dan Artikel Pertubuhan (M&A):
    Di bawah M&A IBFIM, pihak jawatankuasa tanpa sebarang notis berhak untuk mengubah atau meminda undang-undang berkaitan peperiksan di bawah kelolaan IBFIM dari semasa ke semasa.
     
  8. Liabiliti IBFIM:
    Jika IBFIM, untuk sebarang sebab di luar bidang kuasa IBFIM, mendapati adalah mustahil untuk mengendalikan peperiksaan pada satu tarikh yang telah ditetapkan, liabiliti IBFIM adalah terhad kepada jumlah pembayaran balik bagi yuran peperiksaan yang berkenaan sahaja.

Sijil



Sijil
  • Bagi calon yang lulus peperiksaan Bahagian A dan B, mereka akan layak dengan kelayakan Aliran Takaful Am
  • Bagi calon yang lulus peperiksaan Bahagian A dan C, mereka akan layak dengan kelayakan Aliran Takaful keluarga
  • Sijil boleh didapati di IBFIM satu (1) bulan selepas tarikh peperiksaan. Wakil yang sah dibenarkan untuk mewakili calon mengambil sijil dengan membawa salinan Kad Pengenalan calon untuk pengesahan oleh IBFIM.


Figure 1.0 Contoh sijil TBE


Sumber Asal Hak Milik IBFIM

Silabus



SILABUS
  • BAHAGIAN A – ASAS TAKAFUL DAN TAKAFUL PERUBATAN & KESIHATAN
  • BAHAGIAN B – TAKAFUL AM
  • BAHAGIAN C – TAKAFUL KELUARGA DAN PELAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN (ILTP)
BAHAGIAN  A – ASAS TAKAFUL DAN TAKAFUL PERUBATAN &  KESIHATAN
  1. BAB A1 – PENGENALAN MUAMALAH ISLAM
  2. BAB A2 – KONSEP RISIKO
  3. BAB A3 – PENGENALAN TAKAFUL
  4. BAB A4 – PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVENSIONAL
  5. BAB A5 – PRINSIP-PRINSIP DAN MODEL PERNIAGAAN TAKAFUL
  6. BAB A6 – PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA
  7. BAB A7 – TAKAFUL SEMULA 
  8. BAB A8 – PENGANTARA TAKAFUL
  9. BAB A9 – PENGENALAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN (MHT)
  10. BAB A10 – JENIS- JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN (MHT) 
  11. BAB A11 – PENGUNDERAITAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN (MHT)
  12. BAB A12 – SIJIL PENTADBIRAN 
  13. BAB A13 – TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN (MHT)
BAHAGIAN B – TAKAFUL  AM
  1. BAB B1 – CIRI-CIRI PERLINDUNGAN TAKAFUL AM
  2. BAB B2 – KELAS PERNIAGAAN TAKAFUL AM 
  3. BAB B3 – AMALAN TAKAFUL AM : PENILAIAN RISIKO DAN PEGUNDERAITAN
  4. BAB B4 – AMALAN TAKAFUL AM: DOKUMEN SIJIL 
  5. BAB B5 – AMALAN TAKAFUL AM: TUNTUTAN
  6. BAB B6 – AMALAN TAKAFUL AM: KOD ETIKA DAN PERLAKUAN 
BAHAGIAN C – TAKAFUL KELUARGA DAN PELAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN (ILTP)
  1. BAB C1 – PENGENALAN TAKAFUL KELUARGA
  2. BAB C2 – PELAN TAKAFUL KELUARGA 
  3. BAB C3 – AMALAN TAKAFUL KELUARGA : TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SIJIL 
  4. BAB C4 – AMALAN TAKAFUL KELUARGA : PERNIAGAAN BARU – PENGKADARAN 
  5. BAB C5 – AMALAN TAKAFUL KELUARGA : PENGAWASAN DANA TAKAFUL 
  6. BAB C6 – AMALAN TAKAFUL KELUARGA : DOKUMEN SIJIL 
  7. BAB C7 – AMALAN TAKAFUL KELUARGA : TUNTUTAN   
  8. BAB C8 – AMALAN TAKAFUL KELUARGA : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK
  9. BAB C9 – JENIS-JENIS PELAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN (ILTP)
  10. BAB C10– STRUKTUR DANA TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN (ILTP)
  11. BAB C11 – PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN (ILTP)
  12. BAB C12 – MANFAAT DAN RISIKO
  13. BAB C13 – PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG YANG MELIPUTI PELAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN (ILTP)
  14. BAB C14 – MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN KEPERLUAN PELANGGAN
  15. BAB C15 – AMALAN TAKAFUL KELUARGA : PEMASARAN DAN PERKHIDMATAN, KOD ETIKA DAN PERLAKUAN 

Cara Pembelajaran



Cara Pembelajaran
  • E-book akan dibekalkan kepada calon setelah segala proses pendaftaran dan pembayaran selesai. Calon-calon hendaklah merujuk kepada e-book tersebut sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan TBE.
     
  • Buku bertajuk “Asas Takaful: Pengenalan untuk Pengamal Takaful” boleh didapati IBFIM.
  • Tutorial Persediaan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) boleh dikendalikan bergantung kepada permintaan dan bilangan peserta. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi IBFIM  di talian 03-20311010 ext.582/583/548/553.

Pusat Peperiksaan



Pusat Peperiksaan
NEGERIALAMAT
KUALA LUMPURKuala Lumpur Learning Centre (Postgraduate)
Open University Malaysia
Jalan Tun Ismail
50480 KUALA LUMPUR
SELANGOR  Petaling Jaya Learning Centre
Open University Malaysia 
No. 2A, Lot No. 31
19/1, 46350 Petaling Jaya
SELANGOR
SELANGOR  Shah Alam Learning Centre
Open University Malaysia 
Lot G (7-06-01)
Blok 7 Presint Alami
Pusat Perniagaan Worldwide 2
Jalan Tinju, Seksyen 13
40100 Shah Alam
SELANGOR  
SELANGOR  Bangi Learning Centre
Open University Malaysia 
Jalan 7/7B, Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR 
KEDAH & PERLISKedah Learning Centre
Open University Malaysia 
80 - 86, Lengkok Cempaka 2
Bandar Aman Jaya
08000 Sungai Petani
KEDAH
PULAU PINANGPulau Pinang Learning Centre
Open University Malaysia 
No.1, Lebuh Tenggiri 2
Pusat Bandar Seberang Jaya
13700,
PULAU PINANG
PERAKPerak Learning Centre
Open University Malaysia 
71 Jalan Lim Bo Seng,
30300 Ipoh,
PERAK
PERAKGreenhill Learning Centre
Open University Malaysia 
No. 55 - 57, Persiaran Greenhill,
30450 Ipoh,
PERAK
MELAKAMelaka Learning Centre
Open University Malaysia 
No.2, 2-1, 2-2, Jalan KPAA 3,
Kompleks Perniagaan Al-Azim,
75150 Bandar Bukit Baru,
MELAKA
NEGERI SEMBILANNegeri Sembilan Learning Centre
Open University Malaysia
No 86, Jalan Dato' Bandar Tunggal,
70000 Seremban,
NEGERI SEMBILAN
JOHORJohor Learning Centre
Open University Malaysia 
Jln Ibrahim Sultan,
80300 Johor Bahru,
JOHOR
JOHORBatu Pahat Learning Centre
Open University Malaysia
Lot 2317, Jalan Ampuan
Bandar Penggaram
83000 Batu Pahat,
JOHOR
PAHANGPahang Learning Centre
Open University Malaysia 
No. 58, Jalan Putra Square 2,
25200 Kuantan
PAHANG
KELANTANKelantan Learning Centre 
Open University Malaysia 
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu
KELANTAN
SABAHSabah Learning Centre
Open University Malaysia 
Block A, Lot 1-10,
Lintas Jaya Uptownship,
Jalan Lintas, Kepayan Highway,
88200 Kota Kinabalu,
SABAH
SABAHSandakan Learning Centre,
Open University Malaysia 
Batu 1 1/2, Jalan Utara,
90000 Sandakan,
SABAH
SABAHTawau Learning Centre,
Open University Malaysia 
Wisma Jin Ho,
Tingkat 2, Jalan St. Patrick,
91000 Tawau,
SABAH
SARAWAKSarawak Learning Centre
Open University Malaysia 
9 1/2 Mile, Princess Garden Commercial Centre
Jalan Kuching Serian,
93250 Kuching,
SARAWAK
SARAWAKMiri Learning Centre
Open University Malaysia 
c/o Lot 993 & 994
King's Commercial Centre
Blk 10, Jln Miri-Bintulu
98000 Miri
SARAWAK

Yuran



Yuran Peperiksaan
Jenis PeperiksaanYuran (Termasuk sijil dan e-book)
Bahagian A dan BRM 80
Bahagian A dan CRM 80
Bahagian B sahajaRM 75
Bahagian C sahajaRM 75
Cara Pembayaran Pendaftaran Secara Individu
  • Semua bayaran mesti dibuat sama ada melalui debit terus (FPX), debit / kad kredit (Paypal) atau Kiriman Pos/Wang Pos.
  • Untuk pembayaran melalui gerbang pembayaran secara sistem atas talian, calon dinasihatkan supaya mendaftar untuk akses kepada perkhidmatan perbankan internet dengan bank masing-masing untuk melaksanakan pembayaran ini. CEK peribadi dan bayaran TUNAI TIDAK akan diterima.
  • Kiriman Pos/Wang Pos akan dibayar kepada IBFIM-TBE dan dihantar ke alamat berikut dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh pendaftaran:

    IBFIM
    4th Floor
    Dataran Kewangan Darul Takaful
    Jalan Sultan Sulaiman
    50000 Kuala Lumpur
Pendaftaran Secara Berkelompok (Syarikat/Organisasi) SAHAJA
  • Semua bayaran mesti dibuat sama ada melalui debit terus (FPX), debit / kad kredit (Paypal) atau Cek / Kiriman Pos / Wang Pos.
  • Kiriman Pos/Wang Pos akan dibayar kepada IBFIM-TBE dan dihantar ke alamat berikut dalam tempoh empat belas (14) hari selepas pengeluaran inbois:

    IBFIM
    4th Floor
    Dataran Kewangan Darul Takaful
    Jalan Sultan Sulaiman
    50000 Kuala Lumpur
Peperiksaan Luar Jadual (In-House) (Syarikat/Organisasi SAHAJA)
  • Peperiksaan Luar Jadual boleh dijalankan untuk pendaftaran syarikat / kumpulan sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Permintaan formal perlu dibuat kepada IBFIM.