Saver merupakan Manfaat tambahan pelan tabungan/ pelaburan. Sumbangan bagi rider Saver ini adalah
untuk tambahan secara tetap atas pelaburan anda sahaja. Tiada nilai dari sumbangan ini yang akan menyumbang terhadap akaun perlindungan anda.
Dan seperti yang telah disebutkan, manfaat ini tidak memberikan sebarang perlindungan terhadap peserta.
Melalui rider ini, dengan pelaburan sumbangan secara berkala dan
tertakluk kepada syarat sumbangan minimum adalah RM50 setiap bulan. Sumbangan berkala untuk pelan ini
diperuntukkan untuk membeli Unit dalam Dana patuh Syariah pilihan anda.
Di samping itu, anda juga boleh mengeluarkan dana daripada akaun-akaun anda untuk kegunaan peribadi pada bila-bila masa sahaja.
Namun ia adalah tertakluk kepada jumlah minimum pengeluaran RM 500 dan baki sebanyak RM 1000 di dalam akaun yang berkenaan.


No comments:
Post a Comment