Disclaimer

Penafian : Saya merupakan agen yang mewakili ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad dalam penjualan produk takaful syarikat tersebut. Pernyataan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja dan tidak menggambarkan pandangan syarikat ING PUBLIC Takaful Ehsan. Anda adalah dinasihatkan untuk terus menghubungi saya jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan.

Selamat Datang

ING Public Takaful Ehsan kini dikenali sebagai AIA Public Takaful. Disebabkan itu tiada lagi produk ING Public Takaful Ehsan yang akan ditawarkan.

Jika anda berminat dengan produk-produk AIA Public Takaful boleh layari blog baru yang dikendalikan oleh saya juga







Sunday, 15 April 2012

Pengenalan Peperiksaan Asas Takaful


Pengenalan
Bermula April 2012, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah memberi mandat kepada IBFIM untuk mengendalikan Peperiksaan Asas Takaful (TBE).
TBE adalah satu peperiksaan kelayakan untuk melayakkan mereka yang berminat untuk menjadi seorang ejen takaful yang berdaftar di dalam industri perkhidmatan kewangan dalam mempromosi produk-produk dan perkhidmatan takaful.
Peperiksaan ini adalah kelayakan mandatori bagi meningkatkan dan menambah baik tahap kompetensi dan profesionalisme ejen-ejen takaful di Malaysia.
Ejen Takaful Am
  • Ejen takaful am adalah tertakluk di bawah Kod Etika Pengantara Takaful (Code of Ethics for Takaful Intermediaries) yang telah ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);
  • Selain itu, ejen takaful am juga dikehendaki untuk lulus Peperiksaan Asas Takaful (TBE) dan memenuhisekurang-kurangnya 20 jam masa latihan dalam setahun di bawah Program Pembangunan Professional Berterusan (Continuous Professional Development-CPD); dan
  • Ejen-ejen juga perlu mematuhi standard minimum dalam pendedahan maklumat  sebagaimana yang telah digariskan oleh Bank Negara Malaysia. Arahan ini memerlukan setiap ejen untuk menerangkan kepada bakal peserta tentang ciri-ciri utama sesuatu produk takaful yang dipasarkan, maklumat tentang komisen serta prosedur tuntutan dan juga aduan semasa melakukan aktiviti promosi atau jualan.
Ejen Takaful Keluarga
  • Ejen takaful keluarga adalah tertakluk di bawah Kod Etika Pengantara Takaful (Code of Ethics for Takaful Intermediaries) yang telah ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);
  • Selain itu, ejen takaful keluarga juga dikehendaki untuk lulus Peperiksaan Asas Takaful (TBE) dan memenuhi sekurang-kurangnya 30 jam masa latihan dalam setahun di bawah Program Pembangunan Professional Berterusan (Continuous Professional Development-CPD); dan
  • Ejen-ejen juga perlu mematuhi standard minimum dalam pendedahan maklumat  sebagaimana yang telah digariskan oleh Bank Negara Malaysia. Standard ini memerlukan ejen untuk mendapatkan maklumat yang memadai tentang bakal peserta. Maklumat ini akan membolehkan ejen untuk membuat analisa kedudukan kewangan dan peribadi bakal peserta di samping mengenalpasti keperluan kewangan serta keutamaannya. Ini kemudiannya membolehkan ejen mencadangkan produk takaful yang bersesuaian dan mampu disertai oleh bakal peserta.
Sumber Asal Hak Milik IBFIM


* Maklumat lanjut berkenaan Peperiksaan Asas Takaful boleh didapati di sebelah kanan website ini.


No comments:

Post a Comment